Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang telah bermula sejak Mei 2011. Fakulti ini menawarkan dua program diploma iaitu Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Kesihatan Persekitaran. Sehingga tahun 2017, Fakulti Sains Kesihatan yang ditempatkan di Universiti Teknologi Mara Kampus Bertam telah berjaya mengeluarkan seramai 592 graduan sejak tahun 2012.

Fakulti ini mempunyai 17 orang pensyarah yang berkelulusan daripada pelbagai bidang berkaitan kesihatan dan 6 orang staf pentadbiran. Program-program dari Fakulti Sains Kesihatan akan terus menghasilkan graduan bagi mengisi keperluan tenaga kerja separa mahir di sektor kerajaan mahupun swasta yang melibatkan jaringan hospital-hospital dan industri berkaitan di Malaysia dan luar negara. Misi, visi serta matlamat Fakulti Sains Kesihatan adalah seperti berikut:

 

Visi

Untuk menjadi pusat pembelajaran, penyelidikan, dan sumber rujukan perkara berkaitan sains kesihatan dalam menghasilkan golongan profesional yang kompeten dan beretika tinggi. 

 

Misi

Untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti disokong dengan kurikulum yang dinamik, kompeten seiring dengan kemajuan lapangan sains kesihatan. Untuk menjalankan penyelidikan dan khidmat perundingan yang meliputi  amalan berasaskan bukti untuk meningkatkan tahap kesihatan mesyarakat.

 

Matlamat

Menjelang 2025 :

  • Sekurang-kurangngnya 60% daripada graduan memperoleh CGPA >3.0.
  • 50% daripada pensyarah mempunyai sarjana doktor falsafah atau kelayakan profesional.
  • Nisbah pensyarah kepada pelajar sepenuh masa ialah  1:15.
  • 50% daripada pensyarah menghasilkan penerbitan akademik/hasil kreatif dan inovasi/persembahan kertas kerja/ perundingan.
  • 80% daripada pensyarah melibatkan diri dalam penyelidikan.

 

Selain daripada Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Fakulti Sains Kesihatan juga terdapat di Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam. Segala urusan tadbir urus akademik bagi Fakulti Sains Kesihatan terletak di Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam. Justeru Fakulti Sains Kesihatan Kampus Puncak Alam menawarkan lebih banyak program bagi peringkat diploma, ijazah dan kedoktoran. Untuk maklumat lanjut berkaitan Fakulti Sains Kesihatan Kampus Puncak Alam

Maklumat Perhubungan

FakultiPerlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

604-1234567

support@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang