Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran program-program akademik di UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan dan memberi khidmat sokongan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Menguruskan sistem rekod pelajar, peperiksaan serta urusan-urusan akademik yang berkaitan – maklumat pengajian pelajar serta urusan staf akademik

VISI

Melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing global dan beretika

MISI

Memberi khidmat profesional kepada program-program yang ditawarkan di UiTM Pulau Pinang bagi melahirkan generasi profesional bumiputera yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika keprofesional dan mampu menerajui pembangunan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri dari para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum

Pelajar

  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester
  • Menyediakan surat-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan

Staf Unit dan Bahagian

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif
  • Melatih para pelajar dengan senario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, profesional, berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri

OBJEKTIF

  • Menjadi nadi penggerak UiTM Pulau Pinang ke arah melahirkan graduan profesional yang unggul, bertaqwa, beritizam dan berdaya saing
  • Menyelaraskan program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus
  • Menyediakan pengurusan akademik yang cekap dan berkesan agar program akademik dapat berjalan dengan lancar
  • Mewujudkan suasana yang harmoni, ceria dan mengurus secara profesional dalam melaksanakan program dan perkhidmatan yang berkesan berasaskan teknologi terkini bagi mengekalkan kualiti pembelajaran yang berterusan

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

604-5623424,3423,3433

support@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 1.00 Petang

1.00 Petang - 2.00 Petang (Rehat)

2.00 Petang - 5.00 Petang