UNIT KESIHATAN KAMPUS BERTAM


LATAR BELAKANG

Unit Kesihatan Kampus Bertam telah diwujudkan pada awal Januari 2013 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di kampus ini sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna. Unit Kesihatan ditempatkan di Bilik Kuliah 1, Aras 1, Blok Akademik. Bermula dengan seorang staf iaitu Jururawat Masyarakat, kini bilangan staf telah bertambah. Pada November 2015 seorang Penolong Pegawai Perubatan (kontrak) mula ditempatkan bagi menampung fungsi unit yang lebih mencabar. Unit Kesihatan Kampus Bertam sedang meningkatkan kemudahan kesihatannya kepada pelajar selaras dengan perkembangan UiTM.

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer yang setaraf dengan negara maju.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada para pelajar UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran di UiTM.

OBJEKTIF

Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.
 

FUNGSI

• Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari masa ke semasa.
• Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
• Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar dengan memastikan bahawa ianya sentiasa kemaskini dan betul.
• Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti.
• Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan kesihatan.
• Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan berkesan.
• Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan?

Hubungi staf sokongan

Norhazlindawati Zahari
Jururawat Masyarakat

04-5623639

hazlindawati.zahari@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang