Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah ditubuhkan pada awal tahun 2004 hasil dari pengstrukturan semula UiTM dalam usaha melahirkan graduan yang memenuhi 21 Ciri Graduan UiTM yang ditetapkan. Pusat Kokurikulum telah diwujudkan oleh UiTM untuk melaksanakan bidang tugas Ketua Pusat dan staf Pusat Kokurikulum selaras dengan peruntukan Akta 173.

Pusat Kokurikulum mempunyai dua bahagian penting iaitu UNIT KESATRIA (kini dikenali dengan Unit Kokurikulum) dan UNIT PENTADBIRAN AM.
Unit Kesatria merupakan unit kokurikulum pertama yang diwujudkan di UiTM berbangkit dari dua insiden demonstrasi oleh pelajar-pelajar di Semua IPTA (termasuk UiTM) pada akhir tahun 1975 dan awal 1976. Bagi mengatasi masalah disiplin dan salah laku pelajar ketika itu, maka kokurikulum Kesatria ditubuhkan dengan objektifnya untuk menerapkan nilai-nilai disiplin yang tinggi dikalangan pelajar.

Bilangan pengambilan pelajar kokurikulum Kesatria dan lain-lain kokurikulum juga telah bertambah sejajar dengan perkembangan UiTM. Didapati 30% daripada pelajar UiTM adalah ahli Kesatria dan bakinya dari komponen kursus Kokurikulum yang lain.

Bilangan pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum yang ramai termasuk Kolej Bersekutu UiTM perlu kepada pemantauan yang rapi. Pengstrukturan semula UiTM amnya dan penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni khasnya telah mengambil kira fungsi serta peranan dan semua Staf Unit Kesatria untuk memastikan perkhidmatan di HEP memenuhi keperluan para pelajar dan hasrat universiti.

Pengstrukturan semula fungsi organisasi Unit Kesatria dan Staf Kestria dilihat satu usaha serius Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam memantapkan perlaksaan kokurikulum di UiTM. Dalam perkara ini mulai Oktober 2007 Unit Kesatria ditukar nama kepada Unit Kokurikulum dan Pegawai Kesatria serta Pembantu Kesatria disebut Pegawai Kokurikulun dan Pembantu Kokurikulum. Dengan ini fungsi mereka bukan sahaja bertaggungjawab kepada Kokurikulum Beruniform sahaja malahan Semua kokurikulum di UiTM diletak di bawah pengurusan Pegawai dan staf Kokurikulum. Ini bertujuan untuk memberi lebih ruang kepada organisasi memperluaskan skop tugas, meningkatkan fungsi dan tanggungjawab kepada jawatan sedia ada. Dengan ini diharap perlaksanaan kursus kokurikulum di seluruh sistem UiTM akan berjalan lebih tersusun dan sistematik.

Pusat Kokurikulum sehingga kini telah pun melalui pelbagai era perubahan sesuai dengan visi dan misi Universiti dan juga perubahan senario sosio-budaya dan sosio-politik Negara. Isu Ketuanan Melayu terkini merupakan agenda pertama Universiti dalam penjanaan semula semangat patriotik dikalangan pelajar UiTM buat ketika ini.

Pada masa kini terdapat 124 kursus kokurikulum berkredit yang diletakkan di bawah lapan teras, iaitu:

  • Kepemimpinan
  • Kesukarelawanan
  • Kesenian dan Kebudayaan
  • Keusahawanan
  • Sukan
  • Khidmat Komuniti
  • Pengucapan Awam
  • Daya Usaha dan Inovasi

Fungsi Pusat Kokurikulum:

  • Menawarkan program kokurikulum secara wajib selama tiga semester kepada semua pelajar sepenuh masa di UiTM.
  • Menawarkan program kokurikulum lanjutan melalui badan-badan beruniform seperti Kesatria Negara, PALAPES, SUKSIS dan SISPA.
  • Memperkasa dan memantapkan pelaksanaan kursus kokurikulum sedia ada serta menambah bilangan kursus kokurikulum mengikut keperluan semasa.
  • Memantap dan menguruskan pangkalan data pendaftaran pelajar, penilaian kursus kokurikulum dan analisa pencapaian.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

Norhazlindawati Zahari
Penyelaras Ko-Kurikulum

04-5623639

hazlindawati.zahari@ppinang.uitm.edu.my 

 

Waktu Perkhidmatan :

8.00 Pagi - 5.00 Petang