Unit Sukan, UiTM Kampus Bertam (Pulau Pinang) ditubuhkan untuk melahirkan para pelajar yang sihat, cergas, bertaqwa dan cemerlang dalam bidang sukan serta akademik. Kami juga sentiasa berusaha untuk memberikan dan menyediakan perkhidmatan yang berkualti bagi memuaskan hati pelanggan ke arah pencapaian kecemerlangan sukan universiti.

Unit Sukan berperanan dalam merencana aktiviti sukan sebagai pelengkap kepada proses pendidikan dan pembelajaran yang berterusan ke arah pembentukan potensi diri pelajar untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani serta berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan. Antara kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf universiti ialah kemudahan gelanggang bola Sepak, bola jaring, bola baling, memanah dan futsal

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

Noor Aini Zainal
Penolong Pegawai Belia & Sukan

04-5623415

nooraini.zainal@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang