LATAR BELAKANG UNIT PENGURUSAN KOLEJ KAMPUS BERTAM

Unit Pengurusan Kolej UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam beroperasi secara rasminya pada bulan Mac 2015 dengan staf permulaan seramai 2 (dua) orang yang terdiri daripada satu (1) orang Penolong Pengurus Asrama dan satu (1) orang Penyelia Asrama Kanan.

Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Al-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kolej Al-Zahrawi mempunyai satu (1) blok dimana sayap A menempatkan pelajar siswi manakala sayap B menempatkan pelajar siswa. Blok A mempunyai sebanyak 92 buah rumah manakala blok b sebanyak 34 buah rumah.

VISI

Menjadi sebuah unit yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang bersih, ceria, selesa, harmoni, indah dan selamat sebagai landasan latihan ke arah pembangunan kerohanian dan kemahiran insaniah pelajar.

MISI
Melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah, berperibadi murni, mempunyai jati diri, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing melalui pelbagai program pembangunan pelajar serta kemudahan yang disediakan.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

 

 

Izzati Muhamad
Penolong Pengurus Asrama

04-5624002

 

Salbiah Yahya
Penyelia Asrama Kanan

04-5624012

 

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang