PENGENALAN KAMI

Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapatlah saya meneruskan usaha murni untuk Pejabat Polis Bantuan UiTM yang dahulunya Bahagian Keselamatan di UiTM. Bermulanya penugasan bahagian polis bantuan di uitm kampus bertam pada petengahan tahun 2011. Bahagian Polis Bantuan diketuai seorang Penolong  Pegawai Kanan,seorang Ketua Kopral KP 14,seorang Pembantu Pejabat KP11 dan sepuluh (10) orang anggota Shif Operasi.

Secara umumnya Polis Bantuan UiTM berkhidmat untuk mewujudkan dan memelihara suasana dan iklim yang ideal, tenteram dan aman di dalam kampus. Antara tanggungjawab yang dimainkan termasuk perkhidmatan kawalan keselamatan diri dan harta benda, penguatkuasaan peraturan lalulintas, siasatan kejadian jenayah dan pencegahan kebakaran. Disamping itu Polis Bantuan UiTM berperanan menjaga hubungan baik dengan jabatan luar seperti Polis, Tentera, JPJ dan Bomba.

Selaras dengan misi  Pejabat Polis Bantuan UiTM ini untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, berintergriti dan berakauntabiliti, beberapa usaha penambahbaikkan telah dilakukan. Antara yang telah di jalankan ialah pelaksanaan kawalan mengikut zon dan melaksanakan sistem aliran trafik yang lebih berkesan.Bahagian ini turut meningkatkan kecekapan anggota dan pegawai melalui kursus dan latihan. Kaedah penambahbaikkan ini di lakukan secara berterusan memandangkan bidang tugasan yang lebih kompleks dan peningkatan kes-kes jenayah di universiti.

 Pejabat Polis Bantuan UiTM akan mempertingkatkan lagi sistem keselamatan dari semasa ke semasa seiring dengan kemajuan universiti. Antara perancangan masa hadapan bahagian ini ialah penggunaan teknologi terkini dan meningkatkan kecekapan anggota dengan latihan yang lebih berkesan. Diharapkan dengan usaha ini akan membolehkan bahagian keselamatan terus berkembang dan memberi sumbangan yang bermakna kepada universiti.

Pada kesempatan ini saya ingin memohon kerjasama dari semua warga kampus UiTM untuk sama-sama berusaha meningkatkan aspek keselamatan kerana tiada sesiapa lebih arif dalam menjaga diri dan harta benda melainkan diri kita sendiri.Mengharapkan Pejabat Polis Bantuan UiTM supaya lebih mantap dan berkesan selaras dengan matlamat menjadikan UiTM sebagai universiti terunggul di dunia.

 

 

 

 

JAWATAN ANGGOTA POLIS BANTUAN

GRED

JUMLAH

Penolong Pegawai Kanan

INSP PB

KP 32

1

Pengawal Keselamatan Kanan

KPRL PB

KP 14

2

Pengawal Keselamatan

L/KPRL PB

KP 11

5

Pengawal Keselamatan

KONST PB

KP 11

4

 

 

JAWATAN ANGGOTA KESELAMATAN

GRED

JUMLAH

Pengawal Keselamatan

KP 11

1

JUMLAH KEKUATAN ANGGOTA

13