BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI

Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telah diwujudkan pada 16 Mei 2011. Staf fasiliti yang mula ditempatkan di sini adalah Penjaga Jentera Elektrik untuk mengawal selia kecacatan bangunan yang telah dibangunkan oleh JKR. Setelah itu Penolong Jurutera Elektrik telah ditempatkan di kampus ini untuk memantau pembangunan dan penyelenggaraan kampus Bertam.Memandangkan perkembangan pembangunan dengan wujudnya kolej kediaman pelajar berkonsepkan PFI, keperluan Jurutera perlu ditempatkan di kampus ini dengan dibantu staf sokongan iaitu Penolong Jurutera Elektrik, Mekanikal, Awam serta 2 orang Pembantu Kemahiran selain daripada Penjaga Jentera Elektrik sediada. Oleh itu, tertubuhlah Bahagian Pengurusan Fasiliti pada penghujung bulan November 2016.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

604-1234567

support@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang