Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta keusahawanan pelajar. Bahagian ini juga terlibat dalam urusan disiplin dan sahsiah pelajar. Fungsi HEP semakin jelas apabila wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali Akta 174.

Secara amnya, fungsi Bahagian HEP adalah seperti berikut:

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan insentif bantuan makanan kepada pelajar yang layak.
  • Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum dan Program Pembangunan Pelajar.
  • Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti berpersatuan, intelektual, kepimpinan, sukan, kebudayaan, keusahawanan, keagamaan dan sosial.
  • Memberi perkhimatan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.
  • Menguruskan dan memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk hal-hal kecemasan dan kematian.
  • Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di dalam kampus.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelajar yang tinggal luar kampus (Pelajar NR).
  • Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus melalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

 Waktu Perkhidmatan :

8.00 Pagi - 5.00 Petang