Bahagian Bendahari

Bahagian Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam beroperasi secara rasminya pada Jun 2012 dengan staf permulaan seramai 3 orang yang terdiri daripada dua (2) orang Penolong Akauntan dan satu (1) orang Pembantu Tadbir Kewangan. Pada awal tahun 2013, satu (1) orang Penolong Bendahari dan satu (1) orang Pembantu Tadbir Kewangan telah melaporkan diri di jabatan ini menjadikan jumlah keseluruhan staf seramai lima (5) orang. Manakala pada bulan Julai 2013 telah berlakunya pertukaran suka sama suka di antara dua (2) orang Penolong Akauntan asal dengan Penolong Akauntan baru yang mana seorang dari UiTM Kampus Shah Alam dan seorang lagi dari UiTM Kampus Kuala Pilah. Berikut adalah di antara fungsi dan tanggungjawab yang dijalankan oleh staf Pejabat Bendahari UiTM Kampus Bertam:-

  1. Akaun Amanah, Penyelidikan & Perundingan
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Membuat bayaran dan tuntutan di bawah akitiviti Akaun Amanah.
      2. Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
      3. Menguruskan kutipan hasil aktiviti Akaun Amanah.
      4. Memberikan khidmat nasihat mengenai operasi dan polisi Akaun Amanah.
  2. Belanjawan
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Merancang, menyedia, mengagih dan mengawal sumber-sumber kewangan dengan cekap dan teratur selaras dengan Arahan Perbendaharaan dan Peraturan Kewangan.
      2. Menentukan pengurusan perbelanjaan mengurus Universiti dikendalikan dengan optimum dan efektif mengikut perancangan aktiviti yang ditetapkan.
      3. Melaksanakan strategi Belanjawan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Universiti.
      4. Memastikan perlaksanaan pengurusan belanjawan mengurus Universiti selaras dengan perkembangan ICT dan keperluan semasa.
  3. Harta Benda
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap pengubalan dasar, pemantauan, pelaksanaan serta penguatkuasaan polisi pengurusan harta benda UiTM.
      2. Bertanggungjawab atas pengurusan dan penyelenggaraan rekod harta benda alih Pejabat Bendahari dan Pusat Tanggungjawab.
      3. Menyelaras dan memantau gerak kerja pemeriksaan/ verifikasi harta benda UiTM serta pematuhan dasar perekodan dan pengendalian harta benda UiTM.
      4. Bertanggungjawab atas pelaporan pengurusan harta benda UiTM kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset UiTM (JPAKU) dan agensi pusat.
      5. Menguruskan proses pelupusan harta benda mengikut tatacara pengurusan aset universiti
      6. Melaksanakan pelupusan secara on-site ke atas harta benda yang rosak, lusuh dan tidak ekonomik untuk dibaiki oleh pihak universiti.
      7. Pengurusan tindakan susulan ke atas pendokumentasian laporan kehilangan dengan pihak Pusat Tanggungjawab.
  4. Kewangan Pelajar
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Membuat bayaran ke atas tuntutan pelajar.
      2. Menjelaskan bayaran biasiswa dan pinjaman kepada pelajar.
      3. Menyediakan perkhidmatan kaunter.
  5. Pengurusan Kewangan
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Menguruskan aliran tunai universiti.
      2. Menguruskan proses bayaran UiTM melalui sistem IBG - BIMB (Internet Banking)
      3. Mengurus dan memantau semua aktiviti pelaburan tunai yang dibuat secara jangka pendek dan jangka panjang termasuk Akaun Pelaburan Khas (SIA), simpanan tetap, unit amanah serta apa-apa produk pelaburan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan.
  6. Pengurusan Akaun dan Sistem
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Menyelenggara dan menyediakan penyata kewangan Universiti Teknologi MARA.
      2. Melaksanakan "pengemaskinian harian" bagi setiap transaksi.
      3. Meluluskan jernal pelarasan.
      4. Menyediakan aktiviti Penyesuaian Bank.
      5. Menyediakan Jernal Tunai (JT) dan Jernal Pembatalan (JP).
      6. Mengendalikan urusan penyimpanan baucer.
      7. Meyediakan Akaun Interim.
      8. Penyediaan penutupan akaun.
  7. Perolehan
    • Fungsi dan tanggungjawab
      1. Membuat pelawaan bagi semua bentuk bekalan, kerja-kerja dan perkhidmatan.
      2. Menguruskan pendaftaran maklumat bank syarikat dan pembekal.
      3. Menguruskan proses perolehan.
      4. Bertindak sebagai Sekrtariat Jawatankuasa Sebut Harga.
      5. Menguruskan permohonan perolehan secara terus.
      6. Memantau dan menguatkuasakan kontrak sedia ada.