1. Menguruskan Belanjawan Universiti seperti berikut:-
    1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Kampus Negeri / Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
    2. Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
  2. Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui:-
    1. Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
    2. Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan belian diluluskan dalam FAIS.
  3. Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
  4. Menyampaikan e-tiket kapal terbang melalui e-mel selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
  5. Mengeluarkan barang stor dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Mengangkut barang lupus yang diluluskan secara kaedah musnah dan jualan sisa dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh pengesahan pengangkutan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  7. Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.satu minggu diterima.