Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Objektif

  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
  • Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.