Kemudahan-kemudahan Kolej

Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Al-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kolej Al-Zahrawi mempunyai satu (1) blok dimana sayap A menempatkan pelajar siswi manakala sayap B menempatkan pelajar siswa. Blok A mempunyai sebanyak 92 buah rumah manakala blok b sebanyak 34 buah rumah.

Setiap rumah mempunyai empat (4) buah bilik dimana satu bilik menempatkan dua (2) orang pelajar. Jumlah keseluruhan bagi satu rumah ialah seramai lapan (8) orang pelajar. Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelajar. Antaranya :-

1.Pejabat Pengurusan
2.Bilik bacaan
3.Ruang TV
4.Rumah OKU
5.Surau
6.Kafeteria
7.Kedai Serbaneka
8.Kedai Pencetakan
9.Dobi
10.RO Water
11.Gelanggang Futsal

Pejabat Pengurusan

Pejabat pengurusan Kolej diuruskan oleh seorang Penolong Pengurus Asrama dan seorang Penyelia Asrama Kanan. Pejabat ini dilengkapi dengan PA System yang dapat meliputi kawasan blok pelajar dan kawasan kemudahan pelajar. Antara perkhidmatan yang ditawarkan pejabat pengurusan adalah seperti berikut:

Pentadbiran Am
Penempatan Pelajar
Pendaftaran Alatan Elektrik
Pendaftaran Kemudahan Makanan
Pendaftaran Kunci Bilik
Denda Pelajar
Urusan Clearance Pelajar
Aduan Kerosakan
Bilik Bacaan

Kemudahan-kemudahan Kolej

 

Bilik bacaan berada di aras bawah dan mempunyai lima (5) ruang bacaan. Setiap ruang menempatkan kerusi dan meja belajar serta almari untuk menyimpan bahan bacaan.

Ruang TV

Terdapat dua (2) unit kemudahan tv disediakan kepada para pelajar di ruang kafeteria. Para pelajar boleh menggunakan kemudahan ini sehingga jam 11.00 malam sahaja.

Rumah OKU

Rumah OKU disediakan untuk kawasan siswa dan siswi. Rumah ini terdiri dari 4 bilik tidur. Setiap bilik ditempatkan satu set perabot (katil, tilam, dualboard, meja dan kerusi belajar, lampu belajar dan almari pakaian). Semua perabot dan kemudahan di dalam rumah siswa ini adalah mesra OKU. Kemudahan kerusi roda juga disediakan.

Surau

Bangunan asal surau adalah pejabat urusan Segimaju Sdn Bhd yang membina dan menyelenggara bangunan dan kawasan kolej setelah siap. Surau Kolej Al-Zahrawi diwakafkan oleh pihak konsesi dan disediakan untuk kemudahan pelajar atau staf untuk menganjurkan aktiviti kerohanian seperti solat Jemaah, solat tarawikh, tazkirah mahupun aktiviti lain.

Kemudahan di surau ini adalah hasil sumbangan staf konsesi dan staf UiTM. Antaranya karpet, Al-Quran, Yasin, telekung, sejadah, rak Al-Quran dan penghawa dingin.

Kafeteria

Kafeteria ini terletak di hadapan kawasan masuk ke kolej. Kemudahan ini boleh menempatkan kira-kira 600 – 700 orang dalam suatu masa. Terdapat 4 gerai yang menjual pelbagai piliihan minuman dan makanan. Gerai ini beroperasi pada 7.00 pagi sehingga jam 11.00 malam.

Kedai Serbaneka

Terdapat 1 unit kedai serbaneka di kolej ini. Kedai ini menjual barang keperluan harian pelajar seperti makanan kering, minuman botol atau tin, pencuci baju, topup telefon, peralatan mandian dan sebagainya. Kedai ini beroperasi pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Kedai Pencetakan

Terdapat 1 unit kedai percetakan untuk kemudahan pelajar mencetak, fotokopi dan keperluan berkaitan percetakan.

Dobi

Kemudahan dobi dapat dimanfaatkan oleh pelajar siswa dan siswi.Di bilik dobi siswi disediakan dua (2) mesin pengering dan lima (5) mesin basuh menggunakan wang kertas dan syiling. Di kawasan siswa, disediakan ruang dobi dengan dua (2) mesin pengering dan tiga (3) mesin basuh. Kemudahan ini banyak membantu memudahkan serta membantu pelajar dalam menjalani kehidupan pelajar yang aktif .

RO Water

Kemudahan ini air bertapis ini juga dapat dinikmat oleh pelajar siswa dan siswi. Mesin ini memberi perkhidmatan seliter untuk RM0.20.

Gelanggang Futsal Dan Pelalatan Sukan

Para pelajar boleh beriadah di gelanggang futsal dan peralatan sukan indoor dan outdoor juga disediakan kepada pelajar antaranya adalah:

Bola futsal
Bola jaring
Bola tampar
Badminton.
Frisbee
Tali skipping
Sahiba
Congkak
Chess