Pengenalan

Unit Aktiviti Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam  ditubuhkan pada  Januari 2015 dengan peluasan skop tugas Unit Aktiviti Pelajar dan diletakkan dibawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Unit ini bertanggungjawab untuk  mengurus persatuan/kelab dan program/aktiviti pelajar  selaras dengan  Akta 174, dasar serta peraturan universiti yang digubal dari masa ke semasa

Visi

Menjadi unit yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Misi

Melahirkan graduan bumiputera yang unggul yang menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Objektif 

Bagi mencapai Visi dan Misi tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar  menggariskan tiga objektif seperti berikut :-

i)  Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.

ii)  Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati ciri-ciri model graduan UiTM

iii)  Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara

 

 

 

 

 

 

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan?

Hubungi staf sokongan

Che Nolia Ayob
Pembantu Tadbir

04-5623417

chenolia@ppinang.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :

8.00 Pagi - 5.00 Petang