Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Kampus Bertam adalah kampus kedua UiTM (Pulau Pinang) dengan keluasan keseluruhan adalah 248 ekar yang merangkumi pembangunan permulaan Fasa 1 iaitu 32.6 ekar.

Pembangunan kampus kedua ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di Kampus Permatang Pauh yang telah mencapai jumlah pelajar seramai 10,085. UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam mula beroperasi pada 16 Mei 2011 dengan enrolmen permulaan seramai 521 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini adalah daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada Diploma Farmasi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Sains Kesihatan Persekitaran.Pada Jun 2012, satu program baru iaitu Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah ditempatkan di UiTM Kampus Bertam.

Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Az-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kini jumlah keseluruhan pelajar UiTM (Pulau Piang Kampus Bertam) adalah seramai 1000 orang pelajar yang terdiri dari Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Dalam menjamin kampus ini dapat berfungsi dengan baik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, seramai 88 orang staf termasuk 47 orang pensyarah ditempatkan di kampus ini .

Kemudahan penginapan untuk pelajar dengan muatan lebih daripada 1000 orang