PENGECUALIAN KREDIT

Pengecualian kredit ialah jumlah kredit yang dikecualikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian kursus kokurikulum dalam satu Program Pengajian / Program IPT yang telah disempurnakan dan berstatus tamat sebelum mengikuti mana-mana program bertaraf lebih tinggi / setara di UiTM.

(Pekeliling Akademik Bil 4 tAHUN 2014 bertarikh 06 Mac 2014 adalah dirujuk)

Picture1

 1. Kriteria Permohonan Yang Tidak Layak Mendapat Pengecualian Kredit

1.1 Pelajar UiTM/IPT yang telah gagal dan memasuki semula UiTM sama ada mengikuti program    yang sama atau berlainan.

1.2  Pelajar UiTM yang bertukar Mod Pengajian dari separuh masa ke sepenuh masa.

2.0  Prosedur Permohonan Pengecualian Kredit Kokurikulum

2.1  Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang Permohonan Pengecualian Kredit yang boleh diperolehi di Pusat Kokurikulum/Unit kokurikulum/fakulti.

2.2  Permohonan pengecualian kredit hendaklah dipohon semasa pelajar berada di semester pertama pengajian.

2.3  Permohonan hendaklah dikemukakan di Pusat Kokurikulum / Unit Kokurikulum dalam tempoh 2 minggu daripada taarikh rasmi kuliah UiTM bermula.

2.4  Permohonan pengecualian kredit mestilah dikemukakan dengan perkara berikut:

i. Salinan Mini Transkrip/slip keputusan peperiksaan yang tertera keputusan kursus kokurikulum yang telah diambil.

ii. Salinan Surat Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi pemohon kategori MPP.

iii. Surat pengesahan majikan bagi kategori pemohon Kakitangan Kerajaan / Pegawai Pendidikan / Pegawai / Anggota Polis atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

iv. Salinan Mykad bagi kategori pemohon matang yang berumur 35 tahun dank e atas.

v. Dokumen – dokumen lain sebagai sokongan yang berkaitan.

Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan terlebih dahulu.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

Norhazlindawati Zahari
Penyelaras Ko-Kurikulum

04-5623639

hazlindawati.zahari@ppinang.uitm.edu.my 

 

Waktu Perkhidmatan :

8.00 Pagi - 5.00 Petang