Prosedur Pengeluaran Barang Dari Stor Bendahari

  1. Takrifan Item Stok
    Barang-barang yang disimpan di Stor Bendahari untuk kegunaan staf UiTM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Jenis barang-barang yang disimpan seperti di senarai yang berikut:

    1. Senarai Stok Alat Tulis
    2. Senarai Stok Bahan Bercetak
    3. Senarai Stok Kertas
  • Tatacara Pengeluaran Barang dari Stor Bendahari:

    1. Pemohon perlu mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pemesanan Pengeluaran Barang-Barang (untuk Stor-stor UiTM) - Borang PB 3/80 ( Pindaan 6/87 ).
    2. Borang permohonan perlu ditandatangani oleh Ketua Bahagian/Kajian.
    3. Borang permohonan perlu disemak dan seterusnya diluluskan pengeluaran oleh pegawai di Pejabat Bendahari.

  •  Waktu Pengeluaran Barang dari Stor:

    Penghantaran Borang Permohonan : Isnin - Khamis ( 8.00 - 17.00 )
    Pengambilan Barang                        : Jumaat ( 8.00 - 17.00 )