Komputer merupakan salah satu alat pembelajaran yang amat penting pada masa kini. Komputer juga banyak membantu para pelajar untuk melakukan tugasan, justeru dapat meningkatkan peluang kerjaya para pelajar.

Oleh yang demikian, pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam tidak ketinggalan dalam menyediakan prasana kemudahan komputer kepada para pelajar. Terdapat 5 Makmal Komputer (dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan ICT) dan 2 Pusat IT (dibawah seliaan Perpustakaan) menyediakan kemudahan komputer kepada para pelajar. Spesifikasi komputer juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini agar para pelajar dapat menggunakan kemudahan yang baik dan selesa.