Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting di dalam membantu UiTM Pulau Pinang cawangan Permatang Pauh Kampus Bertam melahirkan graduan bercirikan Model Graduan UiTM. Peranan ini dimainkan menerusi dua penyampaian perkhidmatan utamanya iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar serta menjalankan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar. 

 

Image result for icon kegiatan pelajar Image result for icon kegiatan pelajar