Unit Keselamatan telah diwujukan seiring dengan penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang di Kampus Sementara Permatang Pasir, Permatag Pauh (SPT) pada 16 jun 1996. Kekuatan anggota ketika itu ialah seramai 8 orang dan seorang Ketua Pengawal (KP14) yang dipertanggungjawab sebagai Ketua Unit.

Pada 13 Ogos 2003 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah berpindah ke Kampus Tetap di Permatang Pauh (SPT) dan penambahan anggota keselamatan telah dilakukan iaitu seiringan dengan kampus yang serba canggih. Pada masa ini kekuatan anggota adalah seramai 38 orang. Pada bulan Julai 2011 Bahagian Keselamatan telah di tukarkan kepada Pejabat Polis Bantuan.

Pada 16 Mei 2011, Kampus Bertam mula beroperasi dan pada ketika ini, Kekuatan anggota Polis Bantuan telah diklasfikasikan kepada 

ANGGOTA KESELAMATAN JUM
1. Penolong Pegawai Keselamatan Kanan 01
2. Pengawal Keselamatan Kanan 02
3. Pengawal Keselamatan 10
JUMLAH ANGGOTA 13

 

MISI

BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK  :

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan

 

VISI

BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK :

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan anggota Polis Bantuan UiTM yang bersiap sedia dan kompeten.
  2. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  3. Menyediakan urusan perkhidmatan Polis Bantuan berteraskan penggunaan teknologi.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Menjamin kawalan keselamatan 24 jam kepada staf, pelajar dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan penguatkuasaan sahsiah rupadiri, lalulintas dan peraturan UiTM untuk pelajar.
  • Memastikan penguatkuasa peraturan peraturan UiTM dan lalulintas terhadap pelajar, staf dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan kerjasama diantara Pihak kuasa dan AJK penduduk setempat dengan UiTM.
  • Memberi Perkhidmatan yang Cekap, Adil dan Mesra

 

 

Dikemas kini pada 04 Okt 2019

Maklumat Perhubungan

Insp PB Mahfuzah

Ketua Unit Polis Bantuan
mahfuzah.msaleh@uitm.edu.my

 

LKpl PB 7599 Nurul Husna

Pentadbiran
nhusna.azhar@uitm.edu.my

 

Kpl PB 7439 Abu Bakar

Penyelia Operasi
abubakar005@uitm.edu.my