Berita Semasa

UiTM (Pulau Pinang) akan menerima lawatan Penel Auditor bagi Audit Swaakreditasi yang akan berlangsung pada 30 dan 31 julai 2015. Semua warga UiTM (Pulau Pinang) diminta membuat persediaan untuk audit swaakreditasi tersebut.

Read more ...

Ramadan sudah hampir melabuhkan tirai, riuh rendah raya sudah mula kedengaran. Semua sedang sibuk dengan persiapan raya tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

Bagi warga UiTM (Pulau Pinang) Kampus bertam dingatkan sekali lagi agar mematuhi arahan pihak keselamatan UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam.

Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian semasa perayaan Aidilfitri 17 Julai hingga 19 Julai 2015.

Pastikan semua peralatan elektrik di tutup (aircond,kipas,komputer,lampu dll)

Pastikan pintu dikunci dan tingkap diselak sebelum meniggalkan kampus pada petang 16 Julai 2015.

Pastikan sampah didalam bilik dibuang terlebih dahulu

Tidak meninggalkan barang-barang berharga didalam bilik semasa bercuti.

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri