PENGENALAN

Bahagian Infostruktur Kampus Bertam bertanggungjawab dalam semua aspek perolehan dan pengurusan ICT kampus. Ditempatkan dengan 5 orang kakitangan yang terdiri daripada  seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Juruteknik Komputer Kanan dan seorang Juruteknik Komputer.

 

MISI

Menjadi satu unit gemilang dari aspek pengurusan dan khidmat sokongan dalam pembangunan manusia dan didalam bidang ICT.

 

VISI

Menjadi satu unit yang mantap, cekap dan berkesan dalam pengurusan sumber maklumat perkhidmatan dan sokongan teknologi

 

FUNGSI & OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti pengurusan ke atas semua sumber teknologi maklumat di UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam.
  • Mewujudkan kaedah penyelenggaraan dan baikpulih yang efisien dan efektif.
  • Mewujudkan ruang pengilmuan melalui penyediaan program, kursus dan latihan yang bersepadu bagi melengkapkan kemahiran semua pengguna di UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam.
  • Memberikan perkhidmatan sokongan yang mantap kepada bidang pengurusan dan akademik di UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Membaikpulih kerosakan komputer dalam tempoh 30 hari bagi komputer dalam jaminan dan hari bagi komputer tiada jaminan dari tarikh aduan diterima.
  • Memproses permohonan akaun emel dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Menyelesaikan masalah berkaitan komputer individu dalam tempoh 7 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Memberi pinjaman dan memasang perisian serta peralatan komputer yang terdapat di dalam simpanan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Memproses tempahan makmal komputer dalam tempoh 1 hari.
  • Staf diberi kemudahan ICT mengikut kelayakan masing-masing

 

PENGURUSAN BAHAGIAN INFOSTRUKTUR

 

Nor Husaina Md Hussain

Ketua Bahagian Infostruktur

Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

husaina@uitm.edu.my

 

Mohd Kamal Ariff Bin Azalli

Ketua Unit Rangkaian & Pengurusan Sistem & Aplikasi

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

kamal931@uitm.edu.my

 

Nor Azlina Binti Abiden

Ketua Unit Keselamatan ICT & Perkhidmatan IT

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

azlina850@uitm.edu.my