SEJARAH

Perpustakaan ditubuhkan pada 16hb Jun 1996 bertempat di Kampus sementara Permatang Pasir dan pada tahun 2003 ia telah berpindah ke Kampus Permatang Pauh. Di kampus tetap ini, Perpustakaan ditempatkan di Wing 1, Wing 2 dan aras bawah Bangunan Perdana. Pada 26 Mei 2011 Perpustakaan telah berpindah ke bangunannya sendiri. Mempunyai 3 aras yang menempatkan Koleksi Terbitan Bersiri dan Koleksi Rujukan di aras 1 manakala aras 2 pula menempatkan Koleksi Umum dan aras 3 pula menempatkan Koleksi Umum dan juga Koleksi Bahan Reseb serta Bahan Media. Sebagai sebuah pusat ilmu dan maklumat yang utama, Perpustakaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini disamping menyediakan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM Pulau Pinang.

 

MISI

Mempertingkatkan perkhidmatan Perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

 

VISI

Menjadikan Perpustakaan UiTM yang unggul sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.