Pengenalan

Program Kejururawatan ini dirancang kursus untuk melahirkan graduan Kejururawatan professional dengan bercirikan kompeten, penyayang, ‘humane’ dan mengamalkan ‘safe practice’ semasa merawat. Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains Kejururawatan, Sains Kesihatan dan Sains Perlakuan.

Kursus yang akan diperkenalkan kepada pelajar adalah seperti Sains Kejururawatan, Sains Tingkahlaku, Anatomi dan Fisiologi, Mikrobiologi, Sosiologi, Komunikasi dan lain-lain. Cara pembelajaran adalah melalui pembelajaran individu, kuliah, makmal dan tutorial. Teknik-teknik perawatan yang diajar akan diperaktiskan di Makmal Kemahiran Kejururawatan sebelum mereka menjalani latihan klinikal di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan. Semasa di hospital, pelajar perlu menjalani latihan klinikal di semua unit seperti di Wad Pembedahan, Perubatan, Obstetrik, Ginekologi, Genito-urinari, Otorhinolaringologi, Opthalmologi, Pediatrik, Psikiatrik, Ortopedik, Unit Kecemasan dan Kemalangan, Dewan Bedah serta Perawatan Komuniti. Komponen Kursus Universiti adalah sebahagian subjek yang ditetapkan sebagai keperluan bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Kejururawatan.

Prospek Kerjaya

Kekurangan Jururawat di negara ini memastikan peluang pekerjaan kepada graduan program ini. Mereka boleh bekerja di sektor awam (Hospital/Klinik Kerajaan) atau institusi swasta setelah lulus dengan jayanya peperiksaan program dan juga Peperiksaan Pendaftaran Lembaga Kejururawatan Malaysia (LJM). Mereka juga boleh menjawab jawatan Jururawat Berdaftar ini samaada di dalam atau di luar negara. Graduan program ini juga boleh menyambung pengajian mereka di peringkat lebih tinggi di universi tempatan atau luar negara.

Peluang Pengajian

Graduan Diploma Kejururawatan UiTM berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Kejururawatan atau lain-lain program yang berkaitan Sains.

Tajaan atau biasiswa boleh diperoleh daripada :

  • ·   Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • ·   Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • ·   Yayasan negeri
  • ·   Kerajaan negeri
  • ·   Majlis Amanah Rakyat(MARA)

 

Syarat Kemasukan

FAKULTI SAINS KESIHATAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

Bil

Nama Program | Kod UiTM/Kod UPU |

Tempoh Pengajian | Syarat Am Universiti

Lepasan

Syarat Khas Program

 

 

 

1.

Terbuka kepada pemohon aliran

Sains/Teknikal dan Sastera

 

Diploma Kejururawatan

HS110/E2031

(3 tahun/6 Semester)

 

Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

 

(Pengambilan Sesi Jun sahaja)

 

Syarat Am Universiti

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 

DAN

Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

1. Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti

2. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda

 

Calon lelaki sangat digalakkan memohon

 

Nota :

SYARAT KHAS LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Mempunyai status kesihatan yang memenuhi syarat program dan memenuhi kriteria Lembaga Jururawat Malaysia seperti berikut :

1) Mesti disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dari Institusi Latihan yang diiktiraf.

2) Pemohon/Pelajar dengan masalah berikut; HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, sebarang masalah kesihatan mental, Epilepsi, dan sebarang penyakit kronik yang lain TIDAK BOLEH diterima masuk ke dalam program kejururawatan.

3) Pemohon/Pelajar mestilah TIADA sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.

 

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan

mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Matematik / Matematik Tambahan

  • Biologi / Sains

 

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

 

DAN

Calon tidak buta/buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM dengan keputusan: (Semester 1: CGPA 3.00 atau Semester 2: CGPA 2.75)

 

DAN

Lulus SPM dengan mendapat LIMA (5) Kepujian

termasuk:

  • Matematik / Matematik Tambahan

  • Bahasa Inggeris

  • Biologi/Sains

 

DAN

Calon tidak buta/buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali