Pengenalan

Kurikulum Program Kesihatan Persekitaran telah dirangka meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Penekanan terhadap kefahaman dan kemahiran untuk mengukur dan menilai serta berupaya mencadang kaedah pencegahan dan kawalan bagi isu berkaitan kesihatan persekitaran. Program Kesihatan Persekitaran merangkumi perkara asas dan khusus seperti kebersihan makanan, kawaln vektor, kawala penyakit, sistem bekalan air, higen industri, pengurusan dan penilain risiko alam sekitar, kesihatan pekerjaaan dan perumahan. Kursus yang di perkenalkan kepada pelajar dalam Program Kesihatan Persekitaran adalah seperti kawalan penyakit berjangkit, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit, pengurusan sisa pepejal, toksikologi persekitaran, prosedur perundangan kesihatan persekitaran, kebersihan dan keselamatan makanan, pencemarah industri dan pengukuran analitik, pengurusan makluk perosak dan vektor, kimia persekitaran, bekalan dan kualiti air, epidimiologi, ergonomik dan lain-lain. cara pembelajaran di dalam Program Kesihatan Persekitaran adalah melalui pembelajaran individu, kuliah, makmal dan tutorial. Pelajar Program Kesihatan Persekitaran juga diberi pendedahan sebenar melalui latihan lapangan

Prospek Kerjaya

Graduan dari Program Diploma Kesihatan Persekitaran boleh bekerja di sektor awam dalam bidang kesihatan awam dan alam sekitar atau sektor swastayang terlibat dalam industri makanan, perlindungan alam sekitar, kesihatan pekerjaan, kesihatan awam, pengawala makhluk perosak. 

Peluang Melanjutkan Pelajaran

Graduan Diploma Kesihatan Persekitaran boleh melanjutkan pelajaran di bidang Sains Alam Sekitar, Sains Persekitaran dan Kesihatan Cara Kerja, atau Sains Teknologi Persekitaran di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang berkaitan

Tajaan Pengajian

Tajaan atau biasiswa boleh diperolehi daripada:

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Yayasan negeri
  • Kerajaan negeri 
  • Majlis Amanah Rakyat(MARA)

Syarat Kemasukan

 

 

FAKULTI SAINS KESIHATAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

Bil

Nama Program | Kod UiTM/Kod UPU |

Tempoh Pengajian | Syarat Am Universiti

Lepasan

Syarat Khas Program

 

 

 

3.

Terbuka kepada pemohon aliran

Sains/Teknikal dan Sastera

 

Diploma Kesihatan Persekitaran

HS113/E2036

(3 tahun/6 Semester)

 

Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

 

(Pengambilan Sesi Jun sahaja)

 

Syarat Am Universiti

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 

DAN

 

Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

1. Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti

2. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan

mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  Biologi/ Fizik

  • Kimia

  Matematik/Matematik Tambahan

 

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM dengan keputusan: (Semester 1: CGPA 3.00 atau Semester 2: CGPA 2.75)