Pengenalan

Program ini bersifat inter-disiplin merangkumi pembelajaran asas dalam sains kesihatan dan pemulihan perubatan. Skop program ini merangkumi penilaian terhadap keupayaan fizikal, mental dan psikologikal terhadap mereka yang mengalami kecederaan dan kecacatan, merancang plan rawatan pemulihan jangka pendek dan jangka panjang, memberi rawatan komprehensif untuk mengembalikan mereka semula kepada kehidupan seharian, pembelajaran dan pekerjaan.

Kursus ini akan diperkenalkan kepada pelajar adalah seperti Penilaian dan pemulihan carakerja dalam musculoskeletal, Medikal, Pediatric, Psikiatrik dan neurology, Sains tingkahlaku, Anatomi dan Fisiologi, Ergonomik, Perundangan Industrial dan social, Neurosains, Kinesologi, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan lain-lain. Cara pembelajaran adalah melalui individual, kuliah, makmal, dan tutorial. Teknik-teknik penilaian dan pemulihan diajar dan diperaktiskan di Makmal Kemahiran Pemulihan Carakerja sebelum mereka menjani latihan klinikal di hospital-hospital dan pusat-pusat pemulihan. Semasa di hospital, pelajar perlu menjalani latihan klinikal di Jabatan Pemulihan Carakerja dan di wad-wad Ortopedik, Psikiatrik, Neurologi dan Medikal. Komponen Kursus university adalah sebahagian subjek yang ditetapkan sebagai keperluan begi memenuhi syarat untuk mendapatkan diploma.

Prospek Kerjaya

Graduan-graduan berpeluang berkhidmat di hospital kerajaan dan swata, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pusat sukan dan pusat pemulihan rehebilitasi jantung, pusat geriatric dan pusat pemulihan dalam komuniti.

Peluang Pengajian

Graduan diploma Pemulihan Carakerja boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana muda, Sarjana dan PHD di university tempatan dan luar negara.

Tajaan atau biasiswa boleh diperoleh daripada :

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Yayasan negeri
  • Kerajaan negeri
  • Majlis Amanah Rakyat(MARA)

 

Syarat Kemasukan

FAKULTI SAINS KESIHATAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

Bil

Nama Program | Kod UiTM/Kod UPU |

Tempoh Pengajian | Syarat Am Universiti

Lepasan

Syarat Khas Program

 

 

 

5.

Terbuka kepada pemohon aliran

Sains/Teknikal dan Sastera

 

Diploma Pemulihan Cara Kerja

HS115/E2034

(3 tahun/6 Semester)

 

Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

 

(Pengambilan Sesi Jun sahaja)

 

Syarat Am Universiti

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 

DAN

 

Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

1. Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti

2. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan

mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Biologi / Fizik

  • Matematik/Matematik Tambahan

 

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM dengan keputusan: (Semester 1: CGPA 3.00 atau Semester 2: CGPA 2.75)