Pengenalan 

Teknologi Makmal Perubatan adalah sebuah Program separa perubatan yang berkaitan dengan perkhidmatan makmal bagi pendiagnosan dan pengawalan penyakit. Program Teknologi Makmal Perubatan secara khususnya dirangka untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan dari segi akademik juga berkemahiran secara teknikal melalui pembelajaran secara teori dan praktikal di dalam bidang sains makmal klinikal, disamping mendapat pengalaman klinikal di makmal perubatan hospital. Kurikulum ini berupaya memberi kefahaman dan kemahiran kepada pelajar-pelajar untuk menjalankan ujian ke atas sampel makmal serta menganalisa keputusan pengujian klinikal di dalam pelbagai disiplin

teknologi makmal perubatan termasuk:

  • Kimia klinikal : kajian berkaintan fungsi badan
  • Mikrobiologi klinikal : kajian berkaitan mikroorganisma termasuklah bakteria, virus, fungi, dan parasit
  • Hematologi : kajian berkaitan darah dan penyakit darah
  • Transfusi perubatan: kajian berkaitan komponen darah dan praktis pendermaan darah
  • Sitologi: Kajian Berkaiyan sel

Selain daripada itu, pelajar dalam Program Teknologi Makmal Perubatan juga akan didedahkan dengan teknik-teknik makmal terkini yang sejajar dengan dengan keperluan klinikal dan juga penyelidikan semasa. Pelajar yang telah tamat dan memenuhi keperluan akademik juga latihan klinikal akan dianugerahkan dengan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Prospek Kerjaya

Graduan Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan berpeluang untuk bekerja di makmal klinikal di hospital kerajaan atau swasta. Graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan boleh bekerja di klinim swasta, makmal penyelidikan, makmal perubatan swastadan syarikat pembekal komersial.

Peluang Pengajian

Graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan, Bioperubatan, Biokimia, Mikrobiologi juga perubatan. Seterusnya mereka boleh melanjutkan ketahap ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang berkaitan. 

Tajaan atau biasiswa boleh diperolehi daripada:

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Yayasan negeri
  • Kerajaan negeri 
  • Majlis Amanah Rakyat(MARA)

Syarat Kemasukan

FAKULTI SAINS KESIHATAN

Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program

Bil

Nama Program | Kod UiTM/Kod UPU |

Tempoh Pengajian | Syarat Am Universiti

Lepasan

Syarat Khas Program

 

 

 

1.

Terbuka kepada pemohon aliran

Sains/Teknikal dan Sastera

 

Diploma Teknologi Makmal Perubatan HS111/E2033

(3 tahun/6 Semester)

 

Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

 

(Pengambilan Sesi Jun sahaja)

 

Syarat Am Universiti

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 

DAN

 

Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

 

1. Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti

2. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan

mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  Biologi/Fizik

  • Kimia

  Matematik/Matematik Tambahan

 

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM dengan keputusan: (Semester 1: CGPA 3.00 atau Semester 2: CGPA 2.75)