Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Kampus Bertam adalah kampus kedua UiTM (Pulau Pinang) dengan keluasan keseluruhan adalah 248 ekar yang merangkumi pembangunan permulaan Fasa 1 iaitu sebanyak 32.6 ekar.

Pembangunan kampus kedua ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di Kampus Permatang Pauh yang telah mencapai jumlah pelajar seramai 10,085 orang. UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam mula beroperasi pada 16 Mei 2011 dengan enrolmen permulaan seramai 521 orang pelajar. Pengambilan  pertama pelajar ini adalah daripada jurusan  Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada bidang  Diploma Farmasi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Sains Kesihatan Persekitaran. Pada Jun 2012, satu program baru telah diwujudkan iaitu jurusan Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang ditempatkan di UiTM Kampus Bertam.

Pada tarikh 12 Februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam penginapan pelajar Kolej Az-Zahrawi dapat menampung sejumlah 1000 pelajar. Kini jumlah keseluruhan pelajar UiTM (Pulau Piang Kampus Bertam) adalah seramai 1000 orang pelajar yang terdiri dari Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Bagi melestarikan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang maka ditempatkan staf pentadbiran dan akademik seramai 88 orang di kampus ini.

Maklumat Perhubungan

Perlukan bantuan? Hubungi staf sokongan

604-5623483

uitmbertam@bertam.uitm.edu.my

Waktu Perkhidmatan :
8.00 Pagi - 5.00 Petang