Pengenalan

Geran Perkakasan ICT mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan geran bernilai RM 1500.00 , dengan tempoh 4 tahun (sah sehingga Januari 2017). Pada tahun 2017 dan seterusnya, dengan menggunakan Pekeliling ICT Bil 01 Tahun 2017 (dibatalkan), nilai geran telah dinaikkan ke RM 2000.00 dengan tempoh 5 tahun. Pekeliling ICT BIL 01/2019 : Pembelian Perkakasan Ict Secara Geran Universiti Teknologi Mara (Uitm) menjelaskan pindaan dasar sedia ada.

Mulai 15 Januari 2018, permohonan Geran Komputer perlu dibuat melalui sistem UnITS (University IT Services) bagi menggantikan permohonan secara manual sebelum ini. Link untuk memohon adalah – https://units.uitm.edu.my

Bermula Januari 2019, proses pembelian perkakasan ICT geran adalah secara 'Beli Dahulu, Tuntut Kemudian'.

 

 

Kelayakan Pemohon

  • Kelayakan permohonan pembelian adalah seperti dinyatakan:

    1. Gred 41 dan ke atas
      • Pensyarah tetap telah sah atau belum disahkan jawatan
      • Kumpulan pengurusan dan professional (perlu mendapatkan kelulusan jawatankuasa dalaman ict universiti)
    1. Tidak menerima agihan komputer sewaan atau belian
    2. Sekiranya ada komputer sewaan,  tamat tempoh perlu kurang dari 6 bulan

Maklumat Perisian

Perisian seperti yang disenaraikan adalah dibawah tanggungjawab Bahagian Infostruktur UiTM Shah Alam.Permohonan untuk lesen perisian boleh dilakukan pada pautan https://bsu.uitm.edu.my/

 

 

#

Perisian

1

LOTUS NOTES

2

MATHLAB

3

NVIVO

4

MAPLE

5

SPSS

6

ENDNOTE

7

ARCGIS

8

ADOBE ACROBAT READER (LATEST)

9

ADOBE PRESENTER 7

10

ADOBE GET CONNECTED - BAHAN LATIHAN

11

MICROSOFT OFFICE

12

ANTIVIRUS