PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA DAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT 

 

 Berikut adalah aktiviti  program pendidikan pengguna serta perkhidmatan maklumat yang dijalankan di PTA : 

Perkhidmatan

  • Rujukan dan Bimbingan
  • Rujukan Penyelidikan
  • Kelas Kemahiran Maklumat
  • Orientasi Perpustakaan
  • Pegawai Perhubungan Perpustakaan
  • Promosi
  • Pameran Dalaman dan Luaran

 

Orientasi Perpustakaan

Pendedahan tentang perkhidmatan, kemudahan dan koleksi perpustakaan kepada pelajar baru UiTM yang kebiasaannya diadakan pada awal setiap semester.

Melaksanakan program pendidikan pengguna/ orientasi perpustakaan pada setiap semester kepada pelanggan perpustakaan baru yang menekankan aspek:-

- Pengenalan perpustakaan

- Panduan pengunaan lokasi

- Peraturan

- Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan

- Lawatan ke perpustakaan



Kaunter Unit Rujukan 

Pendedahan tentang teknik pencarian bahan perpustakaan samada bercetak atau tidak bercetak kepada pelajar dan kakitangan UiTM.

Menguruskan perkhidmatan khidmat nasihat dan rujukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan

Memberi panduan dan bimbingan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan melalui koleksi perpustakaan dan rujukan atas talian.

Mengendalikan segala bentuk pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan oleh pelanggan di meja rujukan dan ianya boleh dibuat secara peribadi, melalui telefon, faks, dan e-mel.

 

Kelas Kemahiran Maklumat

Perkhidmatan ini bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat dalam membuat penyelidikan. Kelas ini boleh diatur mengikut kesesuaian waktu pengguna. Permohonan kelas boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di Kaunter Utama , PTA.