Syarat Am Pensijilan Blue Ribbon

  1. Tempoh sijil sah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh penganugerahan sijil tersebut.
  2. Pengauditan susulan akan dijalankan pada bila-bila masa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun
  3. Sijil akan digantung sementara sekiranya didapati melanggar kriteria selepas audit susulan dijalankan
  4. Sijil akan dikembalikan semula selepas pihak audit berpuas hati dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan
  5. Sijil akan ditarik balik sekiranya pihak audit mendapati premis melanggar kriteria selepas audit susulan
  6. Premis yang ingin menyertai semula pensijilan boleh memohon semula sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum sijil tamat.

Kriteria Pemilihan Pensijilan Blue Ribbon – Wajib

  1. Mempunyai polisi/ kenyataan bebas asap rokok bertulis
  2. Mempamerkan polisi/ kenyataan berkenaan di tempat yang mudah dilihat
  3. Polisi bebas asap rokok dimaklumkan kepada anggota
  4. Tidak menjual rokok/hasil tembakau atau sebarang produk yang berkaitan dengan jenamaatau pengilang rokok.
  5. Tidak memasang poster-poster atau sebarang bentuk iklan/promosi rokok.
  6. Tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk merokok termasuk bekas habuk rokok, tong sampah dengan bekas abu rokok dan bilik/ kawasan merokok.
  7. Tidak mempunyai kesan-kesan merokok dalam premis berkenaan
  8. Mempamerkan tanda/ maklumat larangan  merokok yang mudah dilihat/ didapati/ diakses di mana-mana bahagian yang mudah dilihat pada premis/ laman web yang bertanding terutama di bahagian strategik . Mematuhi tanda amaran Jadual Ke-3 PPKHT 2004.

Kriteria Pemilihan Pensijilan Blue Ribbon – Kriteria Tambahan

  1. Penubuhan pasukan sukarelawan (kumpulan pekerja/ pelajar) – semua aktiviti rondaan, taklimat atau apa-apa aktiviti direkodkan mengikut zon/ blok atau mana-mana yang praktikal mengikut sesuatu tempat.
  2. Mewujudkan undang-undang atau polisi dalaman yang diwartakan di bawah syarikat/ universiti/ badan berkaitan.- Tuan punya premis mewujudkan  undang-undang melalui mana-mana peruntukan sedia selain PPKHT 2004 untuk aktiviti kawalan penggunaan hasil tembakau dan hasil tembakau.
  3. Memastikan persekitaran tempat kerja bebas asap rokok seperti menjalankan pemantauan terhadap indeks udara.
  4. Mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk membudayakan amalan tidak merokok sepanjang program rasmi – membuat penguguman atau membudayakan amalan tidak merokok ketika majlis keraian.
  5. Berupaya mempengaruhi Tuan Punya premis/bangunan berdekatan menjadikan premis bebas 100% asap rokok.